
Salam untuk semua..
Pagi Ahad yang sejuk dan damai, hujan disubuh hari mendamaikan bumi. Seperti biasa setiap pagi hari minggu kami sekeluarga akan bersarapan di luar. Rutin yang sejak dulu lagi, setakat kami tiga beranak tak berbaloi rasanya siapkan sarapan dirumah ..yang bebenornya maleh..hihihi..
Macam biasa, suami dan anak memesan roti canai dan telur separuh masak. Cik Puan hari ni memilih lontong sebagai hidangan pagi. Emmm...memang sedap lontong dikedai ni, tapi....tak sesedap bersarapan di Muar. Macam-macam ada, mee rebus, mee bandung, nasi lemak, soto, satay...boleh meleleh air liur =D. Tak de tempat lain sesedap masakkan tempat tumpah darah kitakan?
Sambil menikmati hidangan pagi, Cik Puan membelek-belek akhbar Mingguan. Tak ada berita menarik, cuma rasa simpati untuk keluarga Yasmin Ahmad atas kepergiannya ke rahmahtullah. Senang je kalau dah sampai ajal. Semoga rohnya dirahmati olehNya. Cik Puan adalah diantara peminat karyanya, biarpun jarang sekali bersetuju dengan aliran pemikirannya. Al-Fatihah buatnya.
Ruangan di Celah-Celah Kehidupan sebenarnya dah lama Cik Puan tinggalkan. Bosanlah membaca masaalah kehidupan manusia, berbalik-balik isu yang sama. Tapi kali ni seolah-olah macam ada tarikkan magnet untuk Cik Puan membacanya. Tajuknya "Derita akibat suami berzina", kisah seorang wanita yang menagih kasih suami dan sayangkan keluarganya. Sebagai seorang wanita itu adalah haknya. Mempertahankan rumahtangganya dari diganggu-gugat juga adalah haknya. Dia perlukan seorang lelaki untuk melindungi dia dan anak-anaknya. Tapi suaminya punya hubungan sulit dengan wanita lain yang juga isteri orang.
Cik Puan tak bermaksud untuk mencari siapa yang betul dan siapa yang bersalah.Isu ni takkan ada penyelesaiannya sebab Cik Puan orang luar. Cuma Cik Puan simpati dengan nasib wanita ini, kehulu-kehilir menagih kasih suami. Diherdik suami dan orang sekeliling hanya kerana mempertahankan kasihnya untuk suami. Bagi Cik Puan, kalau kita sayangkan seseorang simpan sedikit untuk diri kita. Kalau dah sampai disepak, diterjang kenapalah nak dirayu lagi. Sayangi diri kita dulu sebelum kita sayangkan orang lain.
Apa yang penting dalam hidup berumahtangga ni kita wanita mesti menjadi "somebody" maksudnya sajauh mana kita boleh mempertingkatkan kredibeliti kita sebagai seorang wanita, isteri dan juga ibu. Perjalanan hidup berumahtangga ni panjang dan kita sebagai wanita harus bijak mengharungi liku-liku perjalanannya. Untuk itu kita mesti terus menambah ilmu, ilmu untuk hidup. Sumber kewangan jangan terlalu bergantung kepada suami. Kebergantungan itu sangat bahaya. Jangan malas untuk mempertingkatkan tahap eknomi diri sendiri dan juga keluarga. Wang bukan segala-galanya, tapi tanpanya hidup boleh haru-biru. Rumahtangga porak peranda.
Jadikan diri anda seorang wanita yang menarik keterampilannya walaupun tanpa barang kemas yang bersirat. Anda harus matang seusia umur anda, mempunyai banyak pengetahuan, ramai kenalan dan yang paling penting sentiasa bersifat terbuka. Sentiasa positif dan optimis adalah kunci untuk melihat masa depan anda. dengan dada yang lapang. Terima diri dan pasangan seadanya, redha apa yang berlaku. Jangan berdendam kerana ia akan membinasakan diri anda. Hati mesti bersih supaya anda akan selalu nampak muda =D. Apabila anda berjaya mempertingkatkan jati diri anda percayalah cakap Cik Puan takkan lari gunung dikejar, diburu lagi ada laaaa....=) Buat kaum wanita diluar sana kalau ada '"terskandal" dengan suami orang jangan sampai menyusahkan anak isteri mereka ;). Dah "terskandal" tu memang salah, menyusahkan hidup kaum sejenis laaaaagiiii la salah. Dosa taw..;p
Jom makannn...Cik Puan masak asam pedas ikan parang hari ni =p